Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Batik








Refleksi

Pada 4 November 2011 merupakan hari yang amat bermakna kepada 100 orang murid tahun lima kerana mereka berpeluang untuk melawati kilang membuat batik. Murid-murid diajar cara untuk memasak lilin, cara menggunakan canting untuk melukis, cara mewarna dan proses cucian lilin atas kain. Murid-murid mengambil perhatian yang sepenuhnya terhadap penerangan oleh pihak kilang.
Aktiviti hari mencapai kemuncaknya apabila murid-murid berpeluang untuk cuba semua proses membuat batik kerana sebelum ini mereka hanya didedahkan dengan proses membuat batik dengan kaedah "ikat dan celup" sahaja. Walaupun suasana pembelajaran agak bising, namun murid mengamalkan nilai bekerjasama, saling bertoleransi sepangjang waktu menyebabkan segala aktiviti membuat batik dijalankan dengan lancarnya.