Kraf Tangan Tradisional













REFLEKSI
          Ini merupakan kali pertama pihak sekolah saya mengadakan satu lawatan ke kilang batik. Selain daripada dapat membolehkan murid memperlihatkan proses batik dihasilkan, ia juga memberi peluang kepada murid melihatkan pelbagai hasilan kraf tradisional yang terdapat di negara dan seterusnya amat berharap generasi muda ini dapat menghayati warisan dan mewarisi budaya ini. 
          Gasing sering diperlihatkan oleh murid dan begitu juga dengan saya, tetapi melalui lawatan ini, murid berpeluang melihatkan gasing yang tradisional dan bukannya gasing plastik. Murid juga berpeluang untuk melihatkan cara bermain.
          Ini merupakan kali pertama bagi saya dan murid untuk melihatkan tayangan wayang kulit dan mengetahui proses tayangan. 
          Lawatan kali memang banyak memberikan faedah kepada kami terutamanya proses memainkan permainan tradisional. Selain daripada itu, kami juga berpeluang melihat kraf tradisional dan dapat menarik minat murid terhadap penghasilan kraf tradisional dan seterusnya dapat menghargainya dan mewarisinya.