Tuesday, December 6, 2011

Year 5 Mathematics Lesson Plan

Date                           : 16 November 2011 ( Wednesday )
Time                           :
Class                          : 5C
Number of pupils        : 40
Subject                       : Mathematics
Topic                          : Shape and Space
Learning Area            : Money to RM100 000
Learning Objective    : Pupils will be taught to find the volume of composite 3-D shapes.
Learning Outcomes   : At the end of the lesson, pupils able to measure the volume of
                                     the following composite 3-D shapes :
1)    Cube and cube
2)    Cuboid and cuboid
3)    Cube and cuboid
Previous Knowledge  : Pupils have learnt the area of composite 2-D shapes.
Moral Value                  : Organised, cooperative, careful
Thinking Skills              : Predicting, general idea,
Vocabulary                   : Cube, cuboid, formula
Teaching Meterial        : Computer, LCD projector, Courseware Integration, worksheet

Procedure
/
Time
Content
Teaching and Learning Activities
Remarks
Set Induction
( 3 mins )
Introduction of topic
1)    Pupils watch presentation from Course Integration Year 2.
2)    Teacher asks pupils answer the questions.
3)    Teacher introduces the topic for today.
Teaching Material:
Computer , LCD projector, courseware integration
Thinking Skills:
Predicting
Step 1
( 10 mins )
The concept of volume of 3-D composite shape
1)    Teacher show a model composite 3-D of a cube joined with a cuboid.
2)    Teacher asks pupils to fill the cube with 1cm³ cube and asks the pupils:
“ What is the ‘height’. ‘weight’ and ‘breadth’ of the cube?”
Teacher asks pupils to fill the cube with 1cm³ cube and asks the pupils: “ What is the ‘height’. ‘weight’ and ‘breadth’ of the cuboid?”
3)    Ask pupils to complete the table.
4)    Teacher explain to pupils, find out the volume of the cube and cuboid separately and then add up to find the total volume.


The composite volume of a cube and a cuboid
 = volume of cube + volume of cuboid
 
5)    Teacher emphasizes pupils to write the units in cubic cm (cm³) or cubic m (m³).
Teaching Material:
Computer , LCD projector
Thinking Skills:
General idea


Procedure
/
Time
Content
Teaching and Learning Activities
Remarks
Step 3
( 10 mins )
Calculate the volume of composite 3-D shapes : cube and cuboid more than 2
1)    Teacher splits pupils into 5 groups.
2)    Teacher give a piece of manila card to each group and ask them fold a composite 3-D shape.
3)    Ask pupils what shapes it made of.
4)    Write the measurement of the shape in table.
5)    Find the total volume of the shape and complete the table.
Teaching Material:
Computer , LCD projector, manila cards
Thinking Skills:
Compare and contrast
Moral Value:
Be-cooperative
Step 4
( 5 mins )
Assessment
1)    Teacher distributes the worksheet and ask pupils to find out the answer.
2)    Teacher discusses the answer.
Teaching Material:
worksheet

Closure
( 2 mins )
Conclusion quiz
1)    Teacher displays a set of questions by using power point slide.
2)    Teacher ask one pupil to answer the question.
Teaching Material:
Computer, LCD projector

 Refleksi :
KEKUATAN
Saya dapati pengajaran makro pada hari ini dijalankan seperti mana yang telah dirancang. Ketegasan dan kelantangan suara saya yang kuat merupakan kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan pengajaran makro pada hari ini.
Penggunaan ICT telah banyak membantu saya dalam menjayakan rakaman ini. Saya berjaya menarik minat murid untuk belajar topic “ Find The Volume Of 3-D Shape”. Dengan penggunaan akses video clip dari “YouTube”, telah menarik minat mereka untuk belajar. Saya mendaptati bahawa murid lebih senang untuk faham akan konsep untuk mencari isipadu 3-D selepas menonton tayangan dari video clip jika dibandingkan dengan penerangan guru yang membosankan.
Selain daripada itu, reaksi yang diberikan oleh murid amatlah memuaskan. Dengan adanya reaksi daripada mereka, barulah saya dapat mengenal pasti tahap kefahaman dan tahap penguasaan mereka terhadap isi kandungan yang disampaikan oleh saya. Dengan pendek kata, suasana pengajaran dan pembelajaran pada hari dijalankan dengan lancarnya dan harmoni.
Saya merupakan seorang guru yang sangat tegas, maka pengajaran saya dapat disampaikan kepada murid saya tanpa ganguan kenakalan murid. Ini juga menyebabkan murid saya sangat hormat kepada saya dan cuba sedaya upaya untuk menangkap isi kandungan pelajaran yang telah disampaikan oleh saya walaupun mereka kurang fasir dalam Bahasa Inggeris.
      
KELEMAHAN
Perancangan pengajaran makro pada hari ini telah diganggu dengan siaran yang diumumkan oleh GPK PP yang berkaitan dengan notis pengumuman cuti sekolah. Ini telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran saya dipaksa berhenti seketika supaya murid dapat dengar. Dengan secara tidak langsungnya menyebabkan pembentangan murid dari kumpulan terpaksa berhenti seketika.
Kelemahan dan kekurangan yang seterusnya ialah murid saya kurang memberi perhatian kepada semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ada beberapa orang murid termenung saja semasa aktivti pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Selain daripada itu, saya juga mendapati beberapa orang murid saya tidak mengambil bahagian apabila kerja kumpulan diagihkan.       
Kelemahan dan kekurangan yang seterusnya ialah saya masih berasa gementar dan takut salah bertutur walaupun ini adalah kali kedua bagi saya untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam sepanjang masa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada itu, saya selalu membuat aksi-aksi kecil yang tidak sepatutnya semasa penyampaian pengajaran. Saya juga kurang berkeyakinan diri kerana takut lupa isi yang ingin disampaikan da nada kalanya saya rasa saya sendiri pun tidak tahu apa yang disampaikan. Rakaman pengajaran makro ini telah memberikan satu tekanan yang amat besar bagi saya sehingga tidak dapat tidur dan hanya setiasa mengingati rancangan makro. Mungkin itulah sebabnya saya rasa kurang berkeyakinan diri.

LANGKAH MENGATASI
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan makroteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas.
         Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu adalah sangat penting dan harus dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.
Selain daripada itu, saya juga harus mendorong murid-murid untuk mengambil bahagian semasa aktiviti kumpulan dijalankan dan mengenalpastikan semua ahli mengambil peranan masing-masing dalam pelbagai sudut.
                     Mulai hari ini, saya seharusnya membiasakan diri saya untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. Sasaran utama saya ialah guru panitia Bahasa Inggeris dan begitu juga dengan guru Bahasa Inggeris yang lain dan amat berharap dapat mempertingkatkan tahap penguasaan bertutur dalam Bahasa Inggeris. Maka dengan itu, saya yakin bahawa saya tidak akan berasa gementar pada masa akan datang. 

No comments:

Post a Comment