Monday, December 5, 2011

PSV - MOZEK

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MATA PELAJARAN        :      Pendidikan Seni Visual

TAHUN                            :      4 Jujur

TARIKH                          :      14. 7. 2011

BIDANG                          :      Menggambar

AKTIVITI                        :      Mozek

TAJUK                             :      Kapal Laut

MASA                              :      9:50am – 10:50am (60 Minit)

OBJEKTIF P&P               :      Pada akhir pembelajaran murid dapat :-
1.                  Memilih bahan, bentuk dan warna mozek yang sesuai untuk menghasilkan mozek kapal laut.
2.                  Membuat gambar kapal laut dengan teknik mozek dengan betul.
3.                  Menghargai hasil kerja yang telah dilakukan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA :
1.        Murid telah biasa melihat kapal laut dalam media cetak dan elektronik.
2.        Murid telah mempelajari teknik mozek.
3.        Murid telah mempelajari kemahiran membentuk,menampal, menyusun dan memadankan warna.

PENERAPAN NILAI :
1.        Menghargai makhluk ciptaan Tuhan.
2.        Kekemasan dan ketekunan dalam mengaplikasikan unsur seni.
3.        Berfikir secara kritis dan kreatif.

KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF :
1.        Dapat membentuk, menyusun dan menampal dengan kemas.
2.        Dapat menggunakan pelbagai warna dan bentuk mozek untuk menghasilkan kapal laut.

ALAT BANTU MENGAJAR: Kertas lukisan, pensel, kertas pelbagai warna, gam dan gunting.

ALAT BANTU MENGAJAR :
1.        Gambar kapal laut dalam power point
2.        Carta langkah menghasilkan kapal laut menggunakan teknik mozek.
3.        Hasil gambar kapal laut menggunakan teknik mozek dan pelbagai produk lain. 

SUMBER RUJUKAN:
Kementerian Pendidikan Malaysia,(2000).Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,(2003).Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd. Azlan Zakaria, (2004), Paduan Khas & Lembaran Aktiviti Pendidikan Seni Visual (Tahun 4), Penerbitan Mega Setia Emas Sdn.Bhd. Petaling Jaya.


LANGKAH / MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P & P
CATATAN/ STRATEGI PEMBELAJARAN
Set Induksi
( 5 minit )
9:30am– 9:35am
Membuat rangsangan pelajaran

Menarik minat pelajar

Memberi tumpuan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru menunjukkan gambar pelbagai kapal melalui power point.- pengangkautan air.
Guru bertanya kepada murid :
1.        Pernah melihat gambar ini? Dimana?
2.        Apa yang kamu nampak menerusi gambar ini?
3.        Apa kegunaan kapal laut kepada manusia?
4.        Boleh kamu terangkan apakah ciri-cirinya
C  Teori kontekstual

BBM
J  Gambar kapal laut dalam power point

Langkah 1
Demonstrasi
( 10minit )
9:35am– 9:45am
Memperkenalkan teknik mozek sebagai tajuk pelajaran pada hari ini.

Memberi kefahaman kepada murid tentang teknik mozek yang betul.

Menentukan gambar lakaran bagi sebuah kapal laut – ciri:
C  Badan
C  Corong asap
C  Tingkap dan pintu

Guru menunjukkan hasil menggambar kapal laut menggunakan teknik mozek kepada murid.

Guru menunjukkan keperluan asas menggambar kapal laut menggunakan teknik mozek.

Guru menerangkan cara membuat lakaran kapal laut mestilah:
     Mudah
     Besar
     Ringkas

Murid memahami langkah 1.

TEORI KECERGASAN PELBAGAI
C  Visual ruang

NILAI
C  Tekun
C  Teliti
C  Prihatin
C  Bekerjasama
C  Sabar

ABM

BBM
J  Gambar kapal laut menggunakan teknik mozek.



J  Carta langkah menggambar kapal laut dengan menggunakan teknik mozek dalam power point


Langkah 2
( 10 minit )
9:45am– 9:55am
Memberi kefahaman kepada murid tentang cara memotong kertas warna sebaiknya 1cm x 1cm.


Guru menunjukkan langkah 2.
Murid memahami cara memotong kertas warna.

TEORI KECERGASAN PELBAGAI
C  Visual ruang
C  Teori belajar cara belajar

NILAI
C  Tekun
C  Teliti
C  Prihatin
C  Bekerjasama
C  Sabar

BBM
J  Carta langkah menggambar kapal laut dengan menggunakan teknik mozek dalam power point.

   
Langkah 3
( 10 minit )
9:55am– 10:05am
Memberi kefahaman kepada murid tentang menampal permukaan laut dengan teknik mozek yang betul.

Guru menunjukkan langkah 3.
Murid memahami cara menampal dan menyusun kertas warna pada permukaan laut

Teori konstruktivisme

NILAI
C  Tekun
C  Teliti
C  Prihatin
C  Bekerjasama
C  Sabar





BBM
J  Carta langkah menggambar kapal laut dengan menggunakan teknik mozek dalam power point.




ngkah 4
( 15minit )
10:05am– 10:20am
Mengaplikasikan prinsip – prinsip menggambar menggunakan teknik mozek untuk menghasilkan kapal laut.


Guru menunjukkan langkah 4 dan 5.

Guru menekankan dalam urusan kerja menghalus dan kesesuaian warna.

Murid dapat menghasilkan gambar kapal laut menggunakan teknik mozek.

Teori pembelajaran masteri

NILAI
C  Sabar
C  Prihatin
C  Bersungguh – sungguh

BBM



CONTOH
Ï  Hasil menggambar kapal laut menggunakan teknik mozek.





Penilaian kemuncak
( 5 minit )
10:20am–10:25am
Guru mengambil sampel secara rawak

Guru meminta murid membuat kritikan

Penambahbaikan dan pemulihan
Guru bertanyakan murid :
1.        Cantik atau gambar kapal laut ini?
2.        Apakah yang komen anda tentang hasil ini?
3.        Bagaimanakah untuk menjadikan gambar kapal laut ini lebih menarik dan cantik?
Teori kecergasan pelbagai

NILAI
C  Jujur
C  Prihatin
C  Bersungguh - sungguh
Penutup
( 5 minit )
10:25am –10:30am
Merumus kerja menggunakan teknik mozek menggambar kapal laut.
1.        Gambar lakaran
2.        Kesan mozek dan susunannya
3.        Kemasan
Apakah yang anda perolehi daripada kerja menghasilkan gambar kapal laut dengan menggunakan teknik mozek tadi?
C  Sila beri komen anda dari segi kekuatan dan kelemahan dalam kerja anda.
TEORI KECERGASAN PELBAGAI
C  Visual ruang
















 Refleksi Pengajaran

Kekuatan
     Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan aktiviti p&p ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. 
       Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.
       Penggunaan ICT juga telah menarik minat pelajar untuk belajar cara membuat mozek. Melalui carta langkah yang dipersembahkan melalui power point ini membolehkan murid lebih faham akan langkah-langkah menghasilkan gambar dengan teknik mozek.

Kelemahan
         Kebersihan kelas masih menjadi kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran ini. Murid sibuk akan mengunting kertas warna tanpa mempedulikan kebersihan kelas. 
        Kelemahan yang seterusnya ialah terdapat seorang budak hyperaktif dalam kelas berkenaan. Budak tersebut telah melakukan pelbagai perbuatan yang telah mengganggu murid lain dalam proses membuat mozek.

Cara mengatasi masalah
          Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika p&p berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses p&p di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. Masalah hyperaktif murid juga dapat diselesaikan melalui teknik ini.

No comments:

Post a Comment