Sunday, December 4, 2011

Montaj

Refleksi: 

Kekuatan
Reaksi yang diberikan oleh murid amatlah memuaskan. Dengan adanya reaksi daripada mereka, barulah saya dapat mengenal pasti tahap kefahaman dan tahap penguasaan mereka terhadap isi kandungan yang disampaikan. Semua proses p&p hari dijalankan dengan lancarnya dan menepati masa. 

Kelemahan
Kebersihan kelas harus dijaga sepangjang masa p&p kerana dipenuhi dengan kertas kepingan kecil. Suasana keadaan kelas adalah riuh rendah kerana murid saling bertukar kertas warna kerana mereka bawa kertas warna yang pelbagai warna. Selain daripada itu, ada beberapa orang murid kurang aktif dalam proses p&p hari kerana mereka tidak berminat akan topik pada hari ini. 

Langkah Mengatasinya
Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi meningkatkan kualiti p&p pada masa akan datang. Saya akan sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika mereka membuat aktiviti. Kaedah ini amat berguna kerana ia juga boleh memantau kebersihan kelas. Ia juga dapat mengawal disiplin murid.
 

No comments:

Post a Comment