Sunday, December 4, 2011

Pendidikan Seni Visual - Tembikar ( Kraf Tradisional )

Mata Pelajaran         : Pendidikan Seni Visual
Tahun                     : 5 Merah
Tarikh                     :17 Ogos 2011
Bil. Pelajar               : 34 orang
Bidang                    : Mengenal Kraf Tradisional
Aktiviti                    : Lingkaran Dan Gurisan
Tajuk                       : Tembikar ( Hiasan )
Masa                        : 11.30 – 12.30 pm ( 60 minit )
Objektif P & P         : Pada akhir pelajaran murid dapat:
1)  membuat tembikar dengan teknik lingkaran
2)  menghias tembikar dengan cara gurisan
3)  menghiaska tembikar yang indah dan seni
KBKK                            : Menjana Ideal
Pengalaman Sedia Ada : Murid pernah menggunakan plastesin untuk
                                        membuat bentuk.
Penerapan Nilai Murni   : Murid menghagargai keindahan kraftangan
                                    tradisional.
Keperluan                 : Alat : Lidi, pen, ranting kayu, pisay pengukur,
                                   carta langkah, plastesin.
Bahan Bantu Mengajar   : Carta langkah, LCD, tembikar
Langkah
/
 Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P & P
Catatan / Strategi Pengajaran
Set Induksi
( 5 minit )






Kuiz

1)   Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.
2)    Guru memberikan arahan kuiz.
3)    Guru memberikan peneguhan positif kepada kumpulan yang menang.
4)    Guru meminta pelajar menekakan tajuk yang akan dipelajari hari ini.
5)    Guru mengemukan tajuk pelajaran.
     “ Tembikar ”
Komunikasi

Menjana ideal

Soalan Kuiz

LCD


Langkah 1
( 10 minit )
Pengenalan tembikar

Cara tembikar dihasilkan

Sesi soal jawab


1)    Guru menggunakan LCD untuk menceritakan sedikit pengenalan tentang tembikar ( slide 2 – 12 )
2)    Guru juga menggunakan LCD untuk menerangkan cara tembikar dihasilkan.
3)    Guru bertanya:
i)       Apakah bahan untuk menghasilkan tembikar?
ii)    Tembikar ada berapa jenis?
iii)  Apakah kegunaan tembikar?
Soal Jawab

Perhatian

Menjana Ideal

LCD




Langkah
/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P & P
Catatan / Strategi Pengajaran
Langkah 2
( 10 minit )
Contoh tembikar
-   bekas letak pensil
-   bekas letak telur
-   bekas letak bunga

1)    Guru menunjukkan contoh hasil tembikar.
2)    Guru meminta murid nyatakan setiap kegunaan tembikar yang telah dipamerkan oleh guru.

Komunikasi


Langkah 3
( 15 minit )
Langkah-langkah penghasilan ( power point )

1)    Guru menggunakan power point untuk menunjukkan langkah-langkah penghasilan tembikar.
2)    Guru menerangkan setiap langkah yang ditunjuk.
Penerangan

Komunikasi

LCD
Langkah 4
( 15 minit )
Guru bersama-sama murid untuk menghasilkan tembikar yang dibuat daripada plastesin.

1)    Guru mempamerkan carta langkah dan menyuruh murid mengeluarkan bahan-bahan keperluan.
2)    Guru menunjukkan cara membuat tembikar dan meminta murid ikut.
3)    Guru memantau sama ada murid mengambil perhatian dalam kelas atau tidak.
4)    Guru memberi bimbingna
Menjana Ideal

Berhati-hati menggunkan alatan yang tajam

Kreativiti

Bimbingan


Langkah
/
Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P & P
Catatan / Strategi Pengajaran



      kepada murid yang menghadapi
      masalah.
5)    Guru meminta murid mencorakkan tembikar yang telah siap dengan menggunakan daya kreativiti masing-masing.

Carta Langkah
Penutup
( 5 minit )
Guru menerapkan nilai moral.
Guru memuji hasilan kerja murid yang baik.

1)    Guru bertanya:
- Adakah kita perlu menghargai
  warisan nenek moyang kita?
  Mengapa?
2)    Guru meminta murid hantarkan hasil kerja yang telah siap.
3)    Guru memuji hasilan kerja murid yang baik.
4)    Guru meminta murid mengemaskan bahan-bahan di atas meja.


 Refleksi:

P&P hari ini boleh dikatakan berjaya kerana murid berupaya menghasilkan tembikar. Murid-murid mengambil perhatian yang sepenuhnya semasa saya menerangkan cara tembikar dihasilkan. Kesannya adalah tidak boleh dinaffikan apabila sesi penyoalan dikemukakan kerana murid-murid berupaya menyatakan kegunaan hasilan tembikar dengan betulnya. Proses p&p ada sedikit bising semasa murid membuat tembikar kerana ini merupakan kali pertama mereka membuat kraf tradisional. Saya berharap p&p seterusnya juga akan dapat menarik minat murid dan dapat mengajar mereka terus menghargai warisan budaya kita.

No comments:

Post a Comment