Friday, December 9, 2011

Aktiviti Akhir Tahun


Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk aktiviti hari ini.

Murid lelaki sibuk membuat sandwich. 

Murid berasa gembira kerana berjaya membuat sandwich yang sedap.

Murid terus menikmati sandwich.

Murid nakal membuat aksi kenakalan.
Murid sedang sibuk akan menyediakan bahan-bahan untuk membuat sandwich.

REFLEKSI:

Kekuatan
Pengajaran dan pembelajaran pada hari dikatakan amat berjaya. Setiap murid telah mengikut arahan untuk membawa semua bahan untuk membuat sandwich. Saya telah membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan kecil untuk aktiviti hari ini. Kebersihan kelas dan kebersihan diri diamalkan sepanjang aktiviti ini kerana murid membasuhkan tangan sebelum menyediakan makanan dan sepanjang waktu penghasilan, murid telah memakai sarung tangan dan mask. Setiap ahli kumpulan mengamalkan nilai bekerjasama dan menjaga kebersihan kelas sepanjang aktiviti ini dijalankan. Selain daripada itu, setiap ahli kumpulan juga memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran hari ini. Melalui aktiviti ini, saya dapat lihat kreativiti murid dalam proses membuat sandwich kerana salah satu kumpulan menggunakan mentega kacang untuk sapuan asas roti dan kumpulan lain pula menggunakan mentega. Ini adalah buat kali pertama saya menikmati sandwich berperisa sedemikian.

Kelemahan
Suasana kelas hari ini agak bising kerana terlalu banyak interaksi antara kumpulan. Namun demikian, masih dibawah kawalan saya.

Cara Penambahbaikan
Oleh kerana suasana kelas adalah berada dalam keadaan yang bising, maka saya akan sentiasa berjalan ke setiap sudut kelas untuk mengawal emosi murid. Selain daripada itu, besar kemungkinannya ialah saya akan cuba menjalankan aktiviti sebegini di kantin kerana kedudukan kantin berada di aras paling bawah bagi bangunan blok sekolah. Ini juga memudahkan murid untuk membersihkan tangan sebelum dan selepas membuat sandwich.

No comments:

Post a Comment